Bagi kategori tanaman atau edible garden pula, SMK Sri Kukup, Pontian, Johor diumumkan sebagai pemenang diikuti oleh SMK Pusat Penyelidikan Pertanian Jerantut, Pahang di tempat kedua dan ketiga milik SMK Kampong Jawa, Klang, Selangor.
____________________________________

Bagi kategori ternakan atau perikanan pula, SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) Tanah Merah, Kelantan diumumkan sebagai juara, tempat kedua dimenangi SMK Kampung Jawa, Klang, Selangor dan SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan menduduki tempat ketiga.

Bagi setiap kategori yang dipertandingkan juara menerima hadiah wang tunai RM2,000, kedua, RM1,500 dan ketiga, RM1,000 selain trofi.

Sebanyak 100 buah sekolah dari seluruh negara menyertai pertandingan yang pertama kali diadakan apabila hanya 15 sekolah disenarai pendek untuk layak ke peringkat akhir.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.htm#ixzz4TDZy73ZJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE