Masa

Sebenarnya kita ada lebih dari 24 jam sehari.

Semasa sedang menaip ni banyak perkara yang berjalan tanpa menanti kita.

Lihat kepada perkara ‘kecil’ yang ‘biasa’

  • Kuku panjang
  • Rambut panjang
  • Habuk berkumpul
  • Luka sembuh
  • Lemak berkumpul
  • Gigi kuning

Perkara diatas pernah aku fikirkan semasa kanak kanak, betapa aku hanya menyedarinya selepas ia berlaku.

Hari ini pengertianku bertambah, rupanya semua perkara tentang diriku mempunyai masa mereka sendiri. Kuku ada 24 jam sehari untuk tumbuh, rambut ada 24 jam sehari untuk tumbuh, habuk ada 24 jam sehari utk berkumpul, lemak ada 24 jam sehari untuk berkumpul, gigi ada 24 jam sehari untuk jadi kotor.

Mengapa tidak jika sesuatu itu berlaku menguntungkan atau mendatangkan hasil?

  • Pokok yang ditanam membesar
  • Duit dalam bank menjana dividen
  • Ikan membesar
  • Bakteria membersihkan ammonia
  • Pokok membersihkan nitrat
  • Hutang kereta menyusut

Itu perkara yg dilakukan tanpa kesedaran atau luar sedar.

Bagaimana nak meningkatkan hasil dari masa?!

Ketika ini aku ada 4 3d printer yang bekerja 24 jam(sepatutnya) bila ke sekolah risau pula nak biarkan ia berjalan. Perkataan yang terlintas ialah multitasking without you doing it yourself!

Wajib ada sistem yg berjalan tanpa kita perlu menghadapnya 24 jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *